KUALA LUMPUR: Nama Kamal Affandi Hashim, sememangnya tidak asing dalam membicarakan aspek keselamatan apabila dia sering kali muncul di dada akhbar mahupun kaca televisyen mengulas pelbagai isu dan kes sebagai seorang penganalis jenayah.
Pengetahuan dan pengamatannya menghuraikan sesuatu kes menjadi tumpuan masyarakat untuk lebih memahami akan punca sesuatu kejadian jenayah memandangkan beliau sebelum ini pernah berkhidmat selama 10 dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kepakaran yang dimiliki penerima anugerah Asisten Supritendan Kehormat pada tahun 2012 ini turut menarik minat pengarah terkenal Syafiq Yusof yang juga dikenali sebagai 'Raja Plot Twist' dengan menawarkannya watak dalam filem Sheriff yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Meraih kutipan melebihi RM1 juta ketika tayangan awal filem ini pada 17 April, Kamal Affandi berkata peluang yang diberikan Syafiq itu enggan dilepaskannya kerana tawaran itu ibarat sirih pulang ke gagang apabila kembali menyarung seragam polis selepas meninggalkan pasukan tersebut lebih 20 tahun lepas.
"Ini kali pertama saya bekerja dengan Syafiq dan beliau seorang yang terbuka menerima pandangan dan idea. Saya juga rasa bertuah kerana berpeluang bergandingan dengan nama besar seperti Zul Ariffin dan Syafiq Kyle dalam filem aksi thriller tersebut," katanya kepada Bernama.
Beliau yang ditemui pada malam gala filem berkenaan baru-baru ini berkata pembabitannya dalam dunia layar perak adalah kali kedua kerana sebelum ini, pernah menjayakan filem KL Gangster 2 arahan abang Syafiq iaitu Syamsul Yusof pada 2013.
Kali ini, tatkala mncul sebagai pelakon pembantu memegang watak Tuan Hafsham yang berkhidmat di Jabatan Narkotik Kamal Affandi berkata dia tidak keberatan untuk berkongsi pandangan dengan pengarah dan kru produksi dalam menjadikan babak filem kepolisan itu lebih realistik.
"Ini kali pertama saya bekerja dengan Syafiq Yusof, dan beliau seorang yang terbuka menerima pandangan dan idea," katanya.
Berkongsi lanjut pengalamannya menyertai pengambaran filem tersebut yang memakan masa 81 hari, Kamal Affandi baru selesai menjalani pembedahan kecil di dahi serta kecederaan di kaki sebelum pengambaran dimulakan namun tetap bersemangat mahu menjayakan watak berkenaan.
Katanya babak ketika misi menyelamatkan ASP Jennifer Wong, lakonan Elizabeth Tan yang ditawan di dalam sebuah bas usang merupakan bahagian paling mencabar untuk dijayakan apabila dia perlu menukar senjata ketika melakonkan aksi berkenaan.
"Selain itu dalam babak sama, paling dramatik pada saya adalah ketika menyingkap kain yang menyelubung tawanan, ucapan 'Allahuakbar' yang disebut itu adalah ad-lib (spontan).
"Ini kerana ketika melakonkan babak itu, saya membayangkan sekiranya situasi itu benar-benar berlaku mungkin begitulah juga reaksi saya," katanya.
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April, mengisahkan Nazri, polis dari Jabatan Narkotik lakonan Syafiq Kyle yang terdesak untuk menyelesaikan sindiket dadah Tony Ifrit (lakonan Aaron Aziz) yang semakin berleluasa selepas Tony terlepas daripada hukuman.
Pada masa yang sama, Sheriff (Zul Ariffin) dari Jabatan Integriti telah dihantar pihak Bukit Aman untuk menyelesaikan kes 'Meth Killer' dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April. - Foto Facebook/Shaw
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
Kulit paha Faisal mungkin diguna untuk tampal luka lecuran
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan.
Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Begitupun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut.
[TERKINI] Sidang Media Program Innovathon Musim Kedua
Ikuti langsung sidang media program Innovathon Musim Kedua bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk pulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Enam bekas penuntut UPNM buli, bunuh Zulfarhan - Pendakwaan
Pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan menjatuhi enam bekas penuntut UPNM hukuman mati kerana membuli dan menyebabkan kematian (bunuh) rakan mereka, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja
Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya.
Exco Pelancongan Perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Tolong kenang budi Malaysia kepada pelarian Rohingya sebelum lontar kritikan - Aktivis
Kamal Affandi menegur tindakan segelintir pihak yang lantang mengkritik pihak berkuasa berhubung insiden pelarian etnik Rohingya lolos dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap pada Rabu lepas.
Jangan jadikan tahfiz pusat pemulihan akhlak
Ibu bapa tidak sepatutnya melepaskan tangungjawab menjaga anak yang bermasalah kepada pihak lain.
CCTV berkualiti mudah kesan penjenayah - Penganalisis
Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) lebih-lebih lagi yang berkualiti memang boleh membantu pihak polis menyelesai sesuatu kes jenayah dengan segera, kata penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim.